Sudah menjadi tabiat ramai orang untuk terus membuka pendingin udara kenderaan sebaik sahaja memasuki kereta dalam keadaan panas.

KUALA LUMPUR – Sudah menjadi tabiat ramai orang untuk terus membuka pendingin udara kenderaan sebaik sahaja memasuki kereta dalam keadaan panas.

Satu pesanan yang dikatakan ‘disahkan oleh media’ bagaimanapun mendakwa keadaan itu adalah berbahaya kerana ia akan menyebabkan peralatan-peralatan dalam kereta membebankan bahan beracun yang boleh menyebabkan kanser, keguguran dan kesan lain.

Sinchew Daily menafikan laporan itu walaupun pakar bersetuju suhu yang tinggi dalam kereta akan menyebabkan peralatan dalam kenderaan membebaskan bahan kimia tertentu.

“Tiada laporan saintifik yang menunjukkan bahan kimia yang dibebaskan dalam kereta akan menyebabkan kanser.

“Walaupun demikian, perbezaan suhu secara mendadak dalam kereta mungkin akan menyebabkan sesetengah orang berasa tidak selesa,” kata seorang pakar kereta kepada akhbar itu.

Persatuan Kanser Amerika Syarikat sebelum ini dalam kajiannya juga menjelaskan benzene yang ditemui dalam kereta adalah berpunca daripada bahan api, bukan peralatan dalam kereta seperti sofa dan alat meter.

Walaupun benzene adalah dikaitkan dengan leukemia, tetapi tiada bukti menunjukkan tahap benzene dalam kenderaan mampu menyebabkan penyakit itu. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan