Tengku Razaleigh Hamzah
Calon Presiden UMNO Tengku Razaleigh Hamzah mahu budaya politik wang dalam pemilihan parti itu dapat dihapuskan, sekali gus perwakilan dapat memilih pemimpin mereka dengan lebih jujur dan ikhlas.

KUALA LUMPUR – Biar pun hampir sebulat suara perwakilan bersetuju dengan usul dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang namun tidak kepada Tengku Razaleigh Hamzah.

Veteran UMNO dan Ahli Parlimen Gua Musang itu yang lebih dikenali sebagai Ku Li merasakan keputusan itu menunjukkan seolah-olah sistem demokrasi dalam UMNO sudah terkubur.

Ini kerana, sebelum ini sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan dan Presiden UMNO setelah melepasi kuota yang sudah ditetapkan parti.

“Kata demokrasi tapi tidak boleh bertanding?  Saya rasa ujian untuk seseorang yang diterima sebagai pemimpin mestilah orang yang menempuh ujian,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette di luar Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU2017) hari ini meluluskan usul berkenaan selepas diumumkan pengerusi tetapnya, Tan Sri Badruddin Amiruldin selepas usul dicadangkan perwakilan Pemuda, dan ia disokong wakil Perak, sebelum dibahaskan wakil negeri serta wakil Wanita dan Puteri.

Mengulas mengenai itu, Ku Li berkata, seseorang pemimpin tidak perlu takut dengan cabaran individu lain.

Ujarnya, ia merupakan petanda sama ada seseorang itu mendapat sokongan padu perwakilan di peringkat akar umbi atau tidak.

“Kalau kita yakin kepada perjuangan, kita kena sedia dan mempunyai kemampuan untuk memimpin, kena serah kepada perwakilan,” katanya lagi. -MalaysiaGazette.

1 Komen

  1. ahli umno telah sabotaj parti sendiri . dengan harapan kalau rakyat bencikan Najib tolaklah UMNO dalam pru14 naanti . kalau rakyat ada akal dia faham lainlah lembu kondo yang hidup makan dedak

Tinggalkan Jawapan