Home Nasional 1,208 lesen teksi individu diserahkan sepanjang 2017

1,208 lesen teksi individu diserahkan sepanjang 2017

32
0
Nancy Shukri
KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,208 lesen teksi individu diserahkan kepada pemandu yang telah tamat tempoh perjanjian sewa-pajak kenderaan pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pemberian ini membuka jalan kepada pemandu teksi berkelayakan untuk keluar daripada belenggu sistem pajak yang sekian lama membebankan mereka.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan Permit Teksi Individu dan Geran untuk kumpulan keempat, di sini hari ini.

Ia melibatkan penyerahan permit teksi individu dan geran RM5,000 masing-masing kepada 300 dan 125 pemandu teksi pada majlis yang turut dihadiri pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat  (SPAD) Tan Sri Isa Samad dan  Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah.
Katanya, daripada jumlah penerima lesen individu pada tahun ini (1,208) seramai 564 pemandu teksi berkelayakan telah menerima geran RM5,000 sebagai subsidi kos membeli kenderaan baharu. –¬†MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan