Home Ekonomi Malaysia Airlines tawar promosi Double 12

Malaysia Airlines tawar promosi Double 12

44
0

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines melancarkan promosi empat hari Double 12 (12.12) apabila para penumpang boleh menikmati sehingga 30 peratus penjimatan bagi kelas ekonomi.

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataannya berkata, penumpang boleh menempah tiket mereka pada hari Selasa sehingga Jumaat ke destinasi-destinasi terpilih.

Mereka boleh melawat laman web Malaysia Airlines atau ejen-ejen pelancongan yang menyertai promosi tersebut sertai melalui aplikasi MHmobile.

Promosi empat hari itu hanya ditawarkan kepada kelas Ekonomi sahaja dan tarikh penerbangan sah bermula 19 Disember 2017 sehingga 31 Ogos 2018.

Menurut Malaysia Airlines, penumpang boleh menikmati antaranya penerbangan terus ke Shanghai serendah RM849, RM919 ke Shanghai dan Beijing (RM1,029).- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan